Jumaat, April 20, 2012

Amaran Cuaca Buruk!!!

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat 
 Dikeluarkan pada: 03:17pm pada 20 April 2012 
Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


 KEMASKINI AMARAN : Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perak (Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang), Selangor (Daerah Petaling dan Kelang), WP Kuala Lumpur, N. Sembilan (Daerah Seremban), Johor (Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulaijaya), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Rompin dan Jerantut), Kelantan (Daerah Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman), Sabah : Bahagian Pedalaman, Pantai Barat (Daerah Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Kudat (Daerah Kota Marudu), Sandakan dan Tawau (Daerah Lahad Datu); dan Sarawak : Bahagian Limbang, Miri, Kapit (Daerah Belaga), Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Kuching dijangka berterusan sehingga awal malam, Jumaat 20 April 2012. 

 Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Sepang dan Hulu Langat), N. Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah), Johor (Daerah Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang (Daerah Bentong dan Kuantan), Kelantan (Daerah Jeli dan Kuala Kerai), Terengganu (Daerah Hulu Terengganu) dan Sabah : WP Labuan. Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.


p/s: Hujan belum berhenti. Gelap je...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...