Ahad, Januari 31, 2016

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Pemakaian inai amat sinonim dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Secara tradisinya inai dibuat dari pada daun inai yang ditumbuk lumat, dan diletakkan pada kuku. Zaman ini, pengantin terutamanya perempuan lebih gemar mencorakkan inai di tangan menggunakan inai yang boleh didapati di kedai-kedai.



Berikut adalah hukum pemakaian inai bercorak.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. 
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
**Tuan blog kawin Januari 2009. Fatwa tak keluar lagi. Masa tu takut nak buat inai corak-corak sebab ada orang kata haram...:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...