Rabu, April 11, 2012

Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) @ Berkhatan

Jika di kampung, biasanya bayi perempuan  akan dikhatankan oleh bidan. Namun ia juga boleh dilakukan di klinik oleh doktor. Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu dengan hukum berkhatan bagi perempuan, harap ini dapat membantu. 


Hukum berkhatan bagi wanita:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.




http://www.e-fatwa.gov.my/

2 ulasan:

  1. perempuan dikhatankan waktu bayi kn..tak de masalah la kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha aa waktu bayi. tak pernah dgr pulak wanita dewasa berkhatan.

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...