Rabu, April 04, 2012

Petrol RON97 naik 10 sen, RON95 kekal

Dengar khabarnya harga RON97 dinaikkan 10 sen tengah malam ini. Harga RON95 pula seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak berubah. Anda semua guna RON95 ke 97? Agak-agaknya RON95 akan naik tak?

Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu. Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter. Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. - Bernama


3 ulasan:

  1. hehehe...ini perkara biasa...so be prepare jela...hahaha

    BalasPadam
  2. pening kepala........naik lagi...

    BalasPadam
  3. salam;
    Naik2 jangan tak naik..rakyat dah makan Brim 1malaysia mesti kena bayar balik..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...