Jumaat, April 06, 2012

Proton Preve [P3-21A]

Proton Holdings Bhd telah memilih untuk menamakan model kereta terbaru, "PREVE", untuk menarik perhatian kedua-dua pasaran tempatan dan global.



Sebelum ini diberi nama P3-21A  , Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata nama baru bermakna 'bukti'/'proof', atau telah membuktikan kepada dunia bahawa Proton boleh menghasilkan kereta yang memenuhi setiap spesifikasi global yang ketat.


Preve dijual pada harga antara RM62,000-RM75, 000 bergantung pada versi. Ia dijangka akan dirasmikan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak pertengahan bulan ini (April).


Berita baik buat bakal pengguna Preve, Proton telah memberikan banyak perhatian kepada ciri-ciri keselamatan, termasuk kekuatan badan kereta, peningkatan kelajuan dan penggunaan bahan api, aksesori serta pengendalian sistem dalam menghasilkan kereta bertaraf global.

1 ulasan:

  1. kami gigil nak beli jee ni.... tengah tahan nafsu nak tukar keter lagi....

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...