Khamis, April 26, 2012

Siapa dan Cantikkah Neelofa?



Neelofa? Siapa tu ? Tak pernah dengar pun. Tetiba jadi popular pulak. Cantik ke? Kawan akak cakap Neelofa ni cantik sangat. Tak pernah pulak tengok dia berkalon. Tak perasan pulak dia jadi model iklan.  Sorry adik Neelofa. Akak tak tau yang awak ni juara Dewi Remaja 2010. Maklumlah setelah bergelar ibu, mak tak layan dah Remaja.  TV pun jarang tengok.Jadi, untuk mengenali Neelofa dengan lebih lanjut, akak carilah sedikit sebanyak biodata adik Neelofa…

Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik. Ramainya adik beradik dia.
Ayahnya berketurunan Melayu dan ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Dia merupakan juara Dewi Remaja 2010. Pendidikannya ialah Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor.


Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa dan Lara. Filem lakonannya ialah Azura (versi baru), Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.



Kepada adik Neelofa, semoga maju jaya dalam karier anda. Jadilah artis/selebriti yang berkualiti, disegani,dihormati dan jauhi kontroversi. 


credit to http://ms.wikipedia.org/wiki/Noor_Neelofa_Mohd_Noor

1 ulasan:

  1. artis sekatang biarlah lebih berkualiti dari pada lebih kuantiti..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...