Jumaat, Mei 18, 2012

3 Tip Mudah untuk Pastikan Buah Pinggang Anda (dan Arteri) Bersih

Buah pinggang memainkan peranan penting dalam membersihkan badan anda, termasuk arteri. Jika buah pinggang anda tersumbat, mereka tidak mampu untuk membersihkan darah anda seperti yang sepatutnya, yang mana boleh membawa kepada penuaan dalam arteri anda. Ikuti tip-tip mudah untuk membantu menjaga buah pinggang anda bekerja di tahap yang optimum.

Minum air.
Penyahhidratan boleh meningkatkan risiko masalah buah pinggang sebanyak 20%. Cara mudah untuk membekalkan lebih air ke dalam hari anda adalah dengan membawa air dalam botol BPA-free dengan anda seberapa banyak yang boleh. Letakkan botol berisi air di dalam kereta anda, di meja anda dan juga apabila anda makan. Air ini tentulah untuk diminum.

Cuba yogurt atau susu.
Minum 2 cawan yogurt dan segelas susu setiap hari. Kalsium dalam yogurt dan susu boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah sebanyak 25%.

Mengurangkan garam.
Diet yang tinggi kandungan garam meningkatkan risiko batu karang, kerana garam tambahan di dalam diet anda akan menolak kalsium ke dalam buah pinggang anda, dan bukannya ke dalam tulang seperti sepatutnya. Cuba makan makanan yang kurang diproses dan menggantikan herba kering sebagai makanan topping berbanding garam.

Source: Woman’s World
Image:http://www.shutterstock.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...