Rabu, Mei 23, 2012

Ady Putra Batal Cerai

Bagusla Ady Putra telah menarik balik kes cerai terhadap isterinya. Semoga Ady dan isteri hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata oleh Allah SWT.
SUMBER:LINK...
Seperti sebuah drama. Itulah yang digambarkan oleh pelakon kacak Ady Putra dan isteri, Zuhaida Yusof atau Aida tentang masalah rumah tangga yang melanda mereka ketika ini.


Dipetik dari sebuah portal berita, Ady Putra nyata bersyukur kerana cepat menyedari kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkan pada 11 Mei lalu.


"Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain.


"Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah," katanya dalam sidang media yang berlangsung di Hotel Park Royal, malam tadi.


Ady juga sempat menjelaskan pergolakan rumah tangganya tiada kaitan dengan orang ketiga mahupun hal anak.


Ady yang memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah di sini pada 11 Mei lalu telah membuat keputusan menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.-Oleh: EDITORIAL MH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...