Khamis, Mei 17, 2012

Betulkah Larian Marathon Boleh Rosakkan Jantung?



SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung. Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.

Kajian menunjukkan beberapa atlet endurance mungkin mengalami kerosakan ventrikel kanan jantung, tetapi penemuan ini tidak mencadangkan bahawa aktiviti seperti ini  adalah tidak sihat, penyelidik berkata.

Sumber: KosmoUSA Today

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. kah kah kah, baru tau macam la kau join marathon

      Padam
  2. klaw lari belah pagi ok lagi..jngn marathon buat malam..bhya untuk jantung

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...