Sabtu, Mei 12, 2012

Letupan loji tidak jejas bekalan gas Semenanjung


Susulan berita letupan loji Petronas.

KUALA TERENGGANU 11 Mei - Petronas Gas Berhad (PGB) memberi jaminan kejadian letupan di loji pemerosesan (GPP) di Kompleks A di Kerteh semalam tidak menjejaskan bekalan yang disalurkan ke rangkaian paip Peninsular Gas Utilisation (PGU).
PGB dalam kenyataannya di sini berkata, kejadian itu juga tidak memberi kesan kepada beberapa unit GPP lain melibatkan kompleks A dan kompleks B di kawasan berkenaan. Menurut kenyataan itu, pihaknya bagaimanapun kesal dengan insiden tersebut sehingga mengorbankan nyawa dan mencederakan sejumlah pekerja Hyundai-PFCE (HPC), syarikat kontraktor yang menjalankan kerja menyelenggara di GPP3 itu cedera.
"Seorang daripada mangsa terbabit disahkan terbunuh manakala dua lagi masih dirawat di hospital," katanya. Menurutnya, mangsa yang maut itu ialah Rosli Mansor, 31, manakala Mohd. Fithri Mat Noor, 27, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan Khairul Amir Mohd. Sidi, 20, di Hospital Dungun.
LINK...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...