Rabu, Jun 06, 2012

200 ibu meninggal setiap tahun


gambar hiasan

KUCHING 6 Jun - Kira-kira 200 golongan wanita di negara ini dilaporkan meninggal dunia setiap tahun ketika melahirkan anak.

Pengerusi Kongres Saintifik Antarabangsa, Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG) 2012, Dr. R. Gunasegaran berkata, jumlah tersebut bersamaan dengan nisbah 27 kes kematian ibu bagi setiap 100,000 kelahiran. 

Menurut beliau, nisbah itu bagaimanapun menurun berbanding beberapa tahun sebelum ini, malah, prestasi negara juga agak baik berbanding negara jiran seperti Kemboja yang mencatat nisbah 200 kes bagi setiap 100,000 kelahiran.

 “Namun, Malaysia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain yang kebanyakannya mencatatkan 10 kes kematian bagi setiap 100,000 kelahiran," katanya pada sesi tertutup bersama beberapa wakil media sempena kongres tersebut di sini hari ini. - BERNAMA

*Semoga ibu-ibu yang bakal melahirkan anak semuanya selamat termasuk diriku sendiri. Amin.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...