Khamis, Jun 14, 2012

Neelofa lagi....Neelofa VS Anzalna

Nampaknya kes serang menyerang antara Anzalna dan Neelofa semakin panas...Anzalna kata Neelofa busuk hati...tapi, nampak macam dua-dua je busuk hati. Kenyataan Neelofa berkenaan kemenangan Tasya Syila dalam ABPBH yang lepas pun nampak macam dia tak puas hati. Terus terang, saya lebih dulu mengenali Tasya Syila (melalui drama lakonannnya) daripada Neelofa. Neelofa berlakon drama apa ye?  Tak pernah pulak tertengok. Kalau movie tau la..cerita Azura yang tak meletup tu...hehe..jangan marah.




Petikan daripada Utusan Online




Petikan daripada Metro 

Neelofa mendakwa, kenyataan Anzalna dalam artikel bertajuk ‘Anzalna Bidas Neelofa’ yang disiarkan dalam sebuah akhbar 10 Jun lalu, tidak benar dan menjatuhkan maruahnya. Pada sidang media, semalam, Neelofa, 23, yang ditemani peguam, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada Ahmad Hidayat Md Nor & Co berkata, dia terpaksa menggunakan peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan.


“Saya tampil dengan kenyataan rasmi mengenai artikel itu yang menyebut aktres baru dakwa pengusaha jenama BellaVita pernah menghiris perasaan.


“Saya ingin berikan kenyataan semua tuduhan yang dilemparkan Anzalna dalam artikel berikut tidak benar. Justeru itu, saya melantik peguam mengendalikan kes ini dan mengeluarkan notis tuntutan kepada Anzalna,” kata Neelofa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...