Jumaat, Jun 08, 2012

Neelofa lagi...Tonton bola bersama Neelofa

Haha...Neelofa Lagi...Asik-asik Neelofa je sekarang kan? Hehehe...



MELAKA: Pengunjung yang turut serta menyaksikan Kejohanan Euro 2012 dalam program Sorak Goool anjuran Harian Metro hari ini berpeluang beramah mesra dengan selebriti tempatan Neelofa dan Aril.

Dalam program itu, pengunjung akan menyaksikan perlawanan pembukaan Euro 2012 membabitkan pasukan Poland menentang Greece di Restoran Nasi Kandar Subaidah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam ini.

Selain dimeriahkan dengan kehadiran Neelofa dan Aril, program bermula jam 10 malam itu juga menawarkan 200 tempat duduk di zon eksklusif bagi menyaksikan perlawanan.

Eksekutif Acara Kru Sorak Goool Cruiser, Wan Hamidi Wan Hussin berkata, program bermula seawal jam 10 malam dan pelbagai acara dijalankan antaranya kuiz, pertandingan timbang bola dan permainan PS3 di layar putih.

“Malah, bagi pengunjung yang membeli akhbar Harian Metro dan produk Hotlink, mereka akan diberikan baucar makanan. Kami turut menyediakan pelbagai cenderahati kepada pengunjung,” katanya.

Sementara itu, pengunjung di restoran berkenaan yang menerima cenderahati daripada Sorak Goool Cruiser, Mohd Fakarudin Kadir, 49, berkata, program yang julung kali diadakan di negeri ini sentiasa dinantikan.

“Saya tidak akan melepaskan peluang untuk hadir esok (hari ini). Tidak sangka Harian Metro dapat menganjurkan program seperti ini kerana ia amat menarik apatah lagi dengan pelbagai acara dan dimeriahkan kehadiran selebriti tempatan,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...