Isnin, Jun 25, 2012

Remaja lemas ketika mandi-manda di Teladas

Untuk pengetahuan semua, mangsa merupakan sepupu kepada suami saya. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa . Semoga roh adik Firdaus dicucuri rahmat oleh Nya dan ditempatkan dikalangan  mereka yang beriman. Al-Fatihah...


EDISI SINAR HARIAN
24 Jun 2012
MARAN - Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di Air Terjun Teladas, dekat sini, bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui mati dipercayai lemas, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, selepas menyedari Firdaus Mad Kilau, 14, tidak timbul selepas menyelam di dasar air, rakannya segera memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa yang tinggal di Kampung Bab Bak.

Menurutnya, 40 minit kemudian, Bomba dan Penyelamat Maran menerima laporan daripada bapa mangsa berhubung kejadian tersebut.

“Keempat-empat sahabat ini merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Maran dan pergi bermandi manda di pusat perkelahan itu selepas solat Jumaat.

“Mayat mangsa ditemui pasukan penyelam bomba Maran pada jam 8.45 malam di lokasi mangsa dikhuatiri lemas,” katanya.

Ahmad Johari berkata, mayat anak bongsu itu dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Menurutnya, operasi mencari dilakukan dengan kekuatan dua pegawai dan 14 anggota dari Balai Polis Maran dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Maran.

“Saya nasihatkan pengunjung supaya mengutamakan keselamatan ketika bermandi-manda di kawasan perkelahan,” katanya.
gambar: Kosmo

EDISI KOSMO!

23/06/2012 1:16pm
MARAN – Seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di sini, ditemui mati lemas di kawasan Air Terjun Teladas dekat sini, malam tadi. 
Firdaus Md Kilau, 14, dipercayai lemas kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika sedang mandi bersama beberapa rakannya.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabudin berkata, mangsa dikatakan pergi ke tempat kejadian bersama rakan-rakannya untuk mandi.

"Dipercayai ketika mangsa sedang mandi dia tiba-tiba dihanyutkan air ke kawasan yang agak dalam sebelum didapati tenggelam.

"Rakan-rakan mangsa yang berada di situ cuba membantu namun gagal berikutan arus deras sebelum meminta pertolongan,” katanya di sini hari ini.

Kata Ahmad Johari, mayat mangsa dijumpai pada kira-kira 8.45 malam tadi oleh anggota penyelamat, yang bergegas ke lokasi kejadian, tidak jauh dari tempat dia dilapor hilang. – BERNAMA


5 ulasan:

  1. Bahaya kat mana2 skrg nih kan?kena extra hati2.Riang ria jadi bertukar jadi tragedi, nauzubillah...

    BalasPadam
  2. Kenapalah selalu sangat mati lemas bila berkelah di sungai..diorang ni memang tak tahu berenangkah?

    BalasPadam
  3. alfatihah untuk mangsa iaitu arwah Firdaus... semoga rohnya dicucuri rahmat... aminn

    BalasPadam
  4. Anak sedara aku pun ada sekali masa tu tapi dia pandai berenang. Yang lemas tu mungkin tak pandai berenang. Mustahak budak-budak la ni belajar berenang untuk keselamatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah ajalnya...tak sangka betul....

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...