Sabtu, Julai 28, 2012

Dua mayat ditemui terapung


Susulan kejadian kapal meletup di Labuan. 2 Mayat ditemui terapung berhampiran kapal . 4 lagi masih belum ditemui. 


LABUAN – Dua mayat dijumpai terapung tidak jauh dari kapal tangki 'Bunga Alpinia' milik MISC Berhad yang terbakar dan meletup di sini awal pagi Khamis, menjadikan tiga mangsa terkorban dan dua lagi masih hilang.
Ketua Polis Labuan, Superitendan Saiman Kasran berkata, mayat pertama ditemui 12.50 tengah hari oleh pasukan penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan kira-kira 50 meter dari kapal itu.
Manakala mayat kedua ditemui 12.57 tengah hari oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhampiran sebuah jeti perindustrian kira-kira 100m dari kapal itu.
"Kedua-dua mangsa dipercayai anak kapal 'Bunga Alpinia'," katanya kepada Bernama.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi semalam, kapal tersebut terbakar diikuti beberapa letupan yang menggegarkan Labuan ketika kapal itu sedang mengisi metanol di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di sini.
Mangsa yang terbunuh ialah Shahril Azmi Baharudin, 28, dari Melaka, yang bekerja sebagai tukang gris di atas kapal tersebut.
Empat mangsa yang hilang tiga warga tempatan Muhammad Nazrin Khamasani, 20, dari Kuala Lumpur; Mohd Hanafi Khalil, 24, dari Melaka; Zahari Hassim, 46, dari Negeri Sembilan; dan seorang warga Filipina, Colanggoy Errol Calaluan, 22. – BERNAMA
Sumber dari Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...