Rabu, Julai 25, 2012

Pertempuran Meletus di Tajikistan


Pertempuran melanda di sana-sini. Macam satu wabak. Ya Allah, jauhkan  negaraku Malaysia daripada   huru-hara. 


DUSHANBE 25 Julai - Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dalam pertempuran di timur Tajikistan, semalam selepas pihak tentera melancarkan operasi untuk mengembalikan penguasaan kerajaan di wilayah terbabit.
Pihak keselamatan berkata, pasukan khas Tajik menyerang timur wilayah Badakhshan sejak beberapa hari lalu selepas ketua keselamatan wilayah, Jeneral Abdullo Nazarov dipercayai dibunuh oleh militan tempatan.
"Seramai 12 tentera kerajaan dan 30 militan dilaporkan maut dalam operasi ini," katanya.
Kira-kira 40 militan, termasuk lapan warga Afghanistan ditawan dan 23 askar mengalami cedera dalam pertempuran terbabit. - AFP

1 ulasan:

  1. salam;
    Kenapalah orang2 sekarang senang sangat dihasut oleh orang lain untuk berbunuh sesama sendiri..dimanakah persaudaraan dalam umat islam sekarang?

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...