Selasa, September 25, 2012

Ape Kes Vanidah Imran dan Rashidi Ishak?




Rashidi dikatakan telah mengungkapkan kata-kata cerai kepada Vanidah Imran dalam filem Untuk 3 hari arahan Afdlin Shauki. Di bawah, trailer filem untuk 3 hari. Dialog " Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai semua upacara perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai." mendapat komen daripada Mufti Perak.  Pasangan ini diminta untuk merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.



Berikut pula berita yang dipetik dari Utusan Online.

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.

"Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum-hakam agama meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-seolah pernikahan itu satu permainan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan Afdlin Shauki itu yang menyebut:

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai.

Jelas Harussani, Islam tidak mengajar penganutnya untuk mempermainkan kesucian sesebuah perkahwinan sebaliknya berusaha memastikan perkahwinan itu berkekalan dan bahagia sepanjang kehidupan mereka.

"Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumah tangga," ujarnya.


1 ulasan:

  1. Pnh borak psl ni dgn hubby sblm kes ni timbul. Berani dorg suami istri yg sah tp blakon n ckp pasal 'C' dalam lakonan. Wlaupon hanya lakonan tp itu kan issue sensitive.

    Semoga mereka lebih sensitive issue agama. Bkn kita(melayu) yg over itu x boleh. Ini tak boleh. Tapi ALLAH dh turun kan mcm2 hukum yg wajib kita taati. Eh pelbagai lah yg dikaitkan. Nauzubillah. Semoga mereka lebih berhati2 ataupon moga2 tiada apa yg terjadi. Kalau x, MASAK! 3 tuuuu.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...