Rabu, Oktober 31, 2012

Terbaru:Tablet Windows 8

Haaa ...amik dari sini...Macam best je tablet ni. Tapi agak besar



Tablet Windows 8 dengan rekaan kekunci nampaknya kini sudah menjadi ikutan di kalangan penggemar telefon. Kini ikutan tersebut turut diikuti oleh LG Mobile yang baru saja memperkenalkan LG H160.

Tablet ini memiliki kekunci slide yang mirip dengan rekaan Asus Eee Pad Slider. Bezanya, untuk mengeluarkan kekunci QWERTY, anda hanya perlu menekan satu tombol khusus yang tersemat pada layar untuk membolehkan kekunci itu muncul.

Ia mempunyai rekaan yang nipis iaitu 16 milimeter dan mempunyai berat sekitar 1.04 kilogram. Secara luarannya tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tablet android lain di pasaran. Layar skrinnya agak besar 11.6 inci dengan resolusi 1366x768 piksel. Manakala untuk prosesor, LG menggunakan prosesor Intel Clover Trail. Pihak LG mengatakan bahawa bateri tablet ini mampu bertahan hingga 10 jam.

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...