Jumaat, November 30, 2012

Cerita Pajak Emas Agrobank dengan Bank Rakyat - Part 2

Setelah kecewa berurusan dengan Agrobank, saya menuju ke Bank Rakyat pula.
Setibanya di Bank Rakyat, saya terus mengambil nombor giliran.
Agak lama menunggu memandangkan terdapat 2 orang sebelum tiba giliran saya.
Apabila tiba nombor saya dan masuk ke dalam bilik urusan Ar Rahnu, pegawai meminta untuk melihat barang kemas yang nak digadai.



Tanpa banyak soal, dia terus menguji ketulenan emas saya dan mengira jumlah pinjaman yang layak diterima.
Saya bersetuju dengan pinjaman itu dan sain borang yang disediakan olehnya.
Alhamdulillah, urusan cukup lancar  dan mudah. Jauh berbeza dengan urusan sebelum ini di Agrobank yang seolah-olah tidak berminat untuk menjalankan urusan Ar-Rahnu.
Akan datang saya akan pilih Bank Rakyat lagi untuk pajak emas.
Betulla kot iklan dalam tv tu, SAYA MESTI PILIH..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...