Jumaat, November 02, 2012

Neelofa Gedik? Ke?


Popular sangat si Neelofa ni kan. Dahla cantik, pandai berlakon, pandai mengacara. Kalau boleh orang yang minat dia nak tahu semua perkara pasal dia.Betul tak? Kalau taip Neelofa kat Google..banyak suggestion keluar termasuklah yang bukan-bukan.  Baru-baru ni Neelofa mengacarakan satu program tv secara langsung dan ramai yang kata dia gediks...Betulke? Tak tengokla pulak...


Petikan berita dari mStar Online.

Neelofa Pinta Kelincahannya Dalam 'MeleTop' Tidak Dipertikai

gambar dari mstar online jugak

Pelakon jelita Neelofa berasa hairan dengan penerimaan segelintir pihak yang mendakwa dia beraksi gedik ketika mengacarakan episod pertama rancangan MeleTop yang mula disiarkan di Astro Ria pada Selasa lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia bersetuju jika ada pihak yang menganggap dia terlalu lincah dan lantang tetapi gelaran gedik itu kurang sesuai kerana apa yang dipersembahkan adalah mengikut kehendak konsep program berkenaan.

“Saya sendiri berasa pelik pada bahagian mana dalam program itu yang saya kelihatan gedik? Saya rasa perkataan itu kurang sesuai tetapi mungkin saya agak lincah, ceria dan lantang daripada kebiasaan.

“Sebenarnya, sifat ceria dan aktif itu juga sebahagian daripada diri saya cuma selama ini masyarakat tidak pernah melihatnya. Orang sudah terbiasa melihat saya dengan penampilan feminin dan sopan dalam rancangan Nona,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.

Ketidakpuasan segelintir penonton terhadap gaya Neelofa dalam MeleTop diperkatakan dengan meluas pada laman Twitter sejurus episod pertama rancangan itu yang disiarkan secara langsung pada pukul 10 malam pada Selasa lalu di Astro Ria (saluran 104).


#Korang ni kan...janganla panggil dia gedik. Kesian dia tau. :)



3 ulasan:

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...