Jumaat, November 09, 2012

Pengalaman bersalin anak ke 2

Alhamdulillah. Memang teruja bila mendapati diri ini hamil untuk kali ke 2. Rezeki. Pejam celik,pejam celik, kandungan pun mencecah 9 bulan. Walaupun dah ada pengalaman bersalin, tapi hati tetap nervous. ­­­­Mula la cari petua-petua untuk memudahkan bersalin.

Seminggu sebelum bersalin ( minggu ke 38 hari Rabu 20 hb Jun),malam tu memang tak dapat tidur sebab bayi aktif sangat. Tak seperti hari-hari yang lain. Bangun pagi, tengok perut macam dah turun. Terus Tanya husband, perasaan tak perubahan kat perut. Dia pun kata macam dah turun. Kalau mengikut pembacaan saya di blog-blog, kalau anak kedua, kepala bayi akan engaged seminggu sebelum bersalin.  Jadi, minggu tu memang dah standy je la. Tapi risau juga sebab belum ambil mak kat kampung lagi. Jadi, saya berdoa mudah-mudahan bayi yang saya kandung ni, tak keluar dulu sebelum sempat ambil mak sebab nanti anak first tak ada yang jaga. Nanti husband tak dapat teman dalam labour room.  Saya nak sangat husband saya ada masa saya bersalin. Saya pun selalu cakap dengan baby, jangan keluar dulu ye…tunggu nenek ada kat sini.

Alhamdulillah, sempat juga ambil mak di kampung pada 22/6. Balik rumah 23/6.  Appointment klinik seterusnya 26/6. Datang awal gila. 6.30 a.m dari rumah. Dapat giliran yang pertama. Tapi biasalah. Klinik gomen, lama jugak nunggunye…masa check perut dengan JM, dia kata kepala dah kat bawah betul. Pastu saya Tanya, agak-agak bila boleh bersalin? Dia pun not sure. Anak first overdue, mungkin jugak yang ke 2 pun overdue. Ok..lepas check terus balik. Pukul 9 jugak baru siap.

Malam tu, lepas solat maghrib, saya cakap dengan baby, cepatla keluar sayang. ..saya juga bermohon kepada Allah S.W.T semoga segala urusan untuk saya bersalin dipermudahkan  begitu juga dengan proses bersalin.  Masa makan malam dalam pukul 8.30, tiba-tiba perut sakit. Saya memang tak ada pengalaman sakit kat rumah sebab anak pertama dulu induce. Sakit tu datang dalam setengah jam sekali. Mak kata mungkin nak bersalin sebab..sakit tu sampai ke paha dan kaki serta pinggang..macam sakit senggugut. Cepat-cepat solat Isyak takut tak sempat.  Saya tak terus pegi hospital. Saya monitor dulu selang masa contraction. Dalam pukul 11, saya masuk tidur. Tapi tak dapat tidur sebab sakit semakin kerap. Mula-mula  selang 30 minit, lepas tu 20 minit, lepastu 10 minit dan kurang. Masa tu pukul 2.30 pagi 27/6. Husband terus siap-siap. Saya mandi sekejap sebab saya ada terbaca petua supaya baby cepat keluar, mandi dulu sebelum ke hospital agar baby cepat turun, 

Saya memilih untuk bersalin di hospital serdang. Masa anak pertama pun kat situ juga. Alhamdulillah tak ada masalah. Sampai hospital, pegi daftar dan saya di minta untuk sign satu borang. Borang tu ada menyatakan  wad penuh dan sanggup tunggu, waktu menunggu pulak 24 jam. Tapi orang kat kaunter cakap,pihak hospital akan tempatkan di tempat sementara. Alhamdulillah. Nasib baik dia tak suruh balik.

Kemudian, tunggu untuk check bukaan lama juga. Mungkin doctor busy, sebab ada kes orang terberanak dalam kereta. Aduh..rumah kat semenyih nak beranak kat Serdang. Punyalah jauh. Dalam pukul 4.30 nurse check bukaan 3 cm, lepastu doctor datang check lagi sekali, dia kata 4 cm dah. Masa tu dah pukul  5. Doctor cakap, lagi 4 jam dia akan check lagi sekali..Terkejut juga. Kenapa lagi 4 jam …Sakit sangat dah ni. 

Disebabkan labour room pun penuh, saya ditempatkan di observation room. Bilik tu ada satu katil je. Dan saya kena baring kat situ sorang-sorang. Dalam hampir pukul 7 pagi,  saya dah tak tahan sangat. Saya takut suami saya tak dapat bersama saya masa saya bersalin. Saya panggil nurse yang lalu kat situ. Dia check, bukaan dah 8 cm, tapi air ketuban tak pecah lagi. Dia terus tolak saya ke labour room.  
nur khairina -27/6/2012-3.01kg

Mana suami saya ni.saya tanya kat nurse. Dia kata nanti dia panggil . Tak lama lepastu saya dengar orang berjalan dan nampak selipar suami saya. Saya tak dapat tahan air mata…terus saya menangis. tak lama lepas suami masuk saya tekan button untuk panggil jururawat. Masa tu memang dah rasa nak bersalin sangat.  Tak lama kemudian, doctor dan bidan pun masuk. Mereka check air ketuban memang tak pecah lagi. Jadi doctor pecahkan. Alhamdulillah saya teran 2 kali je untuk keluarkan baby . Syukur kepada Ilahi, kami dikurniakan anak perempuan . Terima kasih kepada husband yang berada di sisi saat baby dilahirkan. 

4 ulasan:

  1. Berdebar~debar baca, sya xpenah rasa sakit nk bersalin sbb bersalin awal (kes oligohydramnios) dan bersalin pn ceaser...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa..kes apa tu? payahnye nak sebut...x pe...InsyaAllah lpas ni boleh bersalin normal

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...