Jumaat, Disember 21, 2012

Agihan Pendapatan ASB 7.75 sen seunit -2012-

Wah, ASNB dah umumkan agihan pendapatan ASB. Perkara yang ditunggu-tunggu oleh pelabur setiap hujung tahun. Maka awal tahun depan, bank -bank yang boleh buat urusan ASB...penuh je la...

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun.
Katanya, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011. - UTUSAN

2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...