Selasa, Disember 25, 2012

Apa Kes Fazurina

Sejak kebelakangan ni, kecoh isu Fazurina dikatakan kahwin lari. Namun, menurut Fazurina, dia tidak kahwin lari malah bapa saudaranya yang menjadi wali dan dihadiri saudara-mara kecuali ibu dan adik-beradiknya.
gambar 2dayblogger.com

Berikut adalah petikan dari Berita Harian

Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu mendakwa, isu kahwin lari tidak timbul kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, di sini, pada jam 3.40 petang, Khamis lalu.
Rina berkata, biarpun majlis pernikahannya tidak dihadiri keluarga termasuk ibu dan adik -beradik lain akibat masalah keluarga yang berlarutan sekian lama, ramai sanak saudara-mara hadir membuat persiapan dan membantu mereka.
Rina berkata, dia terkilan dan kecewa apabila perkahwinan mereka dikecam ramai pihak termasuk keluarganya sendiri.
“Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak.
Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga.
“Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal,” katanya.
Selepas berakhirnya sidang akhbar itu, media sempat merakamkan aksi Rina yang menangis memeluk ibunya sambil memohon maaf. Bagaimanapun, media gagal mendapatkan kenyataan daripada Zubaidah yang segera meninggalkan majlis.


Buat Rina dan pasangan,Semoga berbahagia selamanya.


2 ulasan:

  1. restu ibu adalah terbaik, tetapi kita tak tahu masaalah dalaman kedua ibu dan anak ini...hanya Allah dan mereka lebih mengetahui..siibu mungkin ada alasan dia sendiri...juga sianak..sama2 kita doakan yg terbaik utk mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga mereka bahagia dan berkekalan hendaknya

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...