Selasa, Disember 18, 2012

Bayi Ku Tiba-tiba Demam Panas

Perjalanan balik ke kampung agak lama kerana hujan lebat dan kesesakan akibat kemalangan. Baby Rina tidur lena walaupun pada asalnya sukar dia nak lelapkan mata. Sampai rumah pun dia tidur lagi. Sampai masa kami nak tidur, kami rasa badan Rina panas sangat. Dia menangis dan menjerit. Bila kami periksa suhu dia, Masya Allah, 39.1°c sedangkan, tadi elok je. Risau sangat, kami beri paracetamol, basahkan kepala dan badannya. Dan susukan dia. Umur Rina baru je 5 bulan, dan saya berikan susu ibu secara eksklusif. Saya basahkan kepala Rina dengan  menggunakan air asam jawa. Perkara yang paling saya risau ialah sawan boleh berlaku jika suhu terlampau panas.Jadi saya sentiasa pastikan kepala dia basah dan lap badannya manggunakan towel yang basah. Suhu badan Rina hanya turun 0.5°C selepas bebrerapa minit. Kemudian, saya monitor suhu Rina dalam 15 minit sekali.
Hari dah tengah malam, kalau siang, mesti saya bawa ke klinik terus. Tapi kami sepakat kalau suhu tak turun-turun juga, kami akan bawa juga ke klinik atau hospital. Pukul 1 pagi, Alhamdulillah suhu Rina turun ke 38.1°C. Mulut saya pulak tak henti-henti membaca Surah Alfatihah, ayat Kursi dan 3 Qul. Hanya itu yang dapat saya bacakan semoga Allah S.W.T sembuhkan Rina dan turunkan suhunya yang naik secara tiba-tiba. Tersangatlah risau, Saya berikan Rina susu lagi dan sentiasa pastikan kepalanya basah.  Alhamdulillah, bila saya periksa suhunya lagi , ia semakin turun dan akhirnya turun ke paras normal. Syukur sangat kepada Allah. Tapi, saya masih musykil, bagaimana Rina boleh demam secara tiba-tiba. Keesokan harinya, Alhamdulillah Rina sihat dan tiada tanda-tanda demam, 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...