Selasa, Oktober 11, 2016

DIY Masalah Aircond Kereta

Pernah tak anda mengalami keadaan di mana aircond kereta anda kurang sejuk? 

Sebelum anda membawa kereta ke bengkel, ada baiknya anda memeriksa sendiri. Terdapat beberapa kemungkinan yang membawa kepada masalah ini salah satunya ialah filter tersumbat. Kotoran yang melekat pada filter menyebabkan angin dari blower tersekat dan mengakibatkan angin yang keluar tidak kuat lalu kurang sejuk. Untuk membersihkan filter sebenarnya sangat mudah. Tidak memerlukan spanar atau screw driver atau apa-apa alatan khas cuma memerlukan sedikit daya usaha sahaja. Ini contoh yang saya lakukan terhadap kereta Proton Gen2. Untuk kereta2 lain saya tak pasti kemungkinan sama. 

Mula- mula periksa di bawah dashboard sebelah penumpang.  
Tarik dan tekan ke bawah pin seperti dalam gambar

Ia akan kelihatan seperti ini

Tanggalkan pin dan tarik keluar filter tersebut

Beginilah keadaan filter yang kotor dan perlu dibersihkan. Filter yang kotor dengan debu mnyebabkan laluan angin tersumbat.

Bersihkan filter dengan air dan biarkan ia kering.

Haaa dah siap pun. Bersih dan sedia untuk dipasang semula.

Senangkan? Boleh buat sendiri je.


2 ulasan:

  1. baru je mengalami masalah ni. huhuhu.

    BalasPadam
  2. selalu je dpt filter percuma dr perodua servis tp smpai skg tak prnh tukar >.<

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...