Ahad, Disember 30, 2012

Khasiat Durian

Makan durian beramai-ramai di kampung...

Siapa suka makan durian? Siapa yang tak kenal durian? Tak kenal maka tak cinta...kan. Durian adalah buah yang berasal dari Asia yang mempunyai bau yang sangat kuat dan rasa yang sangat manis. Tetapi bagi mereka yang menggemari durian sudah pasti tidak kisah dengan baunya yang menyengat. 

Tidak seperti buah-buahan lain, durian akan jatuh dari pokoknya sebagai tanda ia cukup matang dan boleh dimakan. Masyarakat di Asia Tenggara menggelar buah durian sebagai Raja Buah. 

Tradisinya buah durian dilihat sebagai afrodisiak yang kuat, manakala wanita akan makan abu dari kulit durian  yang dibakar untuk membantu mereka pulih selepas kelahiran anak. Amalan ini dilakukan antaranya oleh wanita Chetti Melaka. 

Daun pokok durian juga digunakan untuk membantu mengurangkan bengkak dan menyembuhkan penyakit kulit.

Baru-baru ini pakar pemakanan telah mendakwa bahawa buah durian boleh membantu mengurangkan kolesterol dan membersihkan darah serta menyembuhkan penyakit kuning dan mengurangkan demam.

Pakar juga mengatakan bahawa anda boleh mengelakkan diri daripada jangkitan yis seperti seriawan melalui makan buah durian. Ini adalah kerana kandungan besi yang tinggi dalam durian  membantu sel-sel darah putih dalam badan kita menghasilkan bahan kimia tertentu yang membunuh jangkitan.

Durian juga dipenuhi dengan asid amino serta Vitamin B, C dan E dan mempunyai paras anti oksidan yang tinggi. Anti oksidan membantu melambatkan kemusnahan sel-sel dari radikal bebas seperti pencemaran dan asap rokok; dengan berbuat demikian, ia mengurangkan kesan penuaan pada kulit dan memberikan anda kelihatan lebih muda, lebih segar.

Antara asid amino yang ditemui di dalam buah durian adalah triptofan. Tryptophan adalah penting untuk membina dan mengekalkan tahap serotonin dalam tubuh.

Serotonin adalah hormon dalam badan yang mengawal kebahagiaan kita. Mereka yang mempunyai  tahap serotonin yang rendah cenderung mempunyai temper yg pendek, sering muram dan mengalami kemurungan.

Ini bermakna bahawa bukan sahaja makan buah durian membantu menjaga badan anda berjalan dengan lancar tetapi ia juga akan meningkatkan kebahagiaan dan kesejahteraan  anda.


Rujukan: Durian is the Healing King of All Fruits by Sheryl Walters

4 ulasan:

  1. Durian, banyak khasiatnya...Kalau tidak, tentu tidak digelar raja segala buah kan?

    BalasPadam
  2. ouiiii...jelesnya ade dusun!
    dah la besar2 durian.
    tp kalo mkn durian byk sgt boleh demam.bertambah gemuk pun ade.
    macam mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa...beli je tu...kwang3x...jangan makan banyak2..amek bau sudah...:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...