Isnin, Disember 31, 2012

Raja Azmi Kesunyian Tidur Seorang Diri

Ada je cerita penerbit kontroversi ni aka janda Jalani Sidek, Raja Azmi. Dia mengakui yang dia kesunyian tidur seorang diri setelah 6 bulan menjanda. Raja Azmi dan Jalani Sidek bercerai setelah 28 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka bercerai kerana sudah tiada lagi kasih sayang dan konflik berpanjangan. Hmmm...sepatutnya semakin lama semakin sayang...ni semakin lama semakin tak sayang. Acaner ...Jodoh tak berpanjangan....

gambar dari mStar

Antara petikan artikel dari mStar

"Sebelum ini, tidak rasa sangat tetapi sejak akhir-akhir ini rasa sunyi semakin menebal pula terutamanya apabila saya hendak tidur."

“Pada 27 Disember lalu, genap enam bulan saya dan suami (Jalani Sidek) berpisah. Saya semakin sunyi apabila tidur seorang diri di katil,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Raja Azmi dan bekas jaguh badminton negara itu bercerai talak satu pada 27 Jun lalu di Mahkmah Syariah Rendah Gombak Timur selepas 28 tahun berumah tangga.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain konflik yang berpanjangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...