Isnin, Disember 24, 2012

Resepi Asam Pedas Ayam Simple

Asam pedas memang sedap. Cara masak pun macam-macam. Tapi tiada apa yang lebih sedap dari masakan mak kita. Ya tak? Walaupun simple tapi membuka selera. Ini ialah resepi adam pedas mak kite....
Gambar hiasan

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam sederhana besar
Beberapa tangkai cili kering(kalau nak pedas, letak banyak le)
2- 3 biji Bawang merah atau sebiji untuk bawang besar
2 ulas bawang putih
Seinci halia
Sedikit Air asam jawa
Sedikit garam
2-3 tangkai daun kesum atau sekuntum bunga kantan
2-3 sudu besar Minyak masak
Secubit gula
2 cawan air

Cara-cara
1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia
2. Panaskan minyak masak dalam periuk.
2. Tumis bahan yang dah dikisar tadi sampai terbit minyak yang berwarna merah.
4. Masukkan ayam. Gaul sekejap
3. Masukkan air asam jawa,garam,gula dan air
4. Biar mendidih
5. Perasakan. Kalau kurang masin, tambah garam, kurang masam tambah asam..

*boleh isi sedikit ajinomoto kalau suka.
*ayam boleh diganti dengan ikan

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...