Rabu, Disember 12, 2012

Saya Bukan Blogger Hebat Jangan buat macam tu

Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung dan membaca entry di blog ini, Hari ni, nak luah perasaan tentang copy entry atau artikel. Dalam dunia blog ni, dah biasa kita jumpa entry yang copy paste. Dan biasanya si pengcopy akan memberi kredit kepada tuan punya entry. Saya pun kadang-kadang ada copy juga. Tapi itu pun berita/news dan bukan entry orang lain.

sekadar hiasan

Apa yang saya alami, ada blogger yang copy bulat-bulat dari tajuk, gambar, ke penutup. Ayat pun sebijik ayat saya. Terima kasihla kepada yang bagi kredit. Apa yang saya rasa sedih, bila dapat tau lebih ramai orang view post (yang sama) dia berbanding saya. Saya bukan blogger hebat.  Dahla  ping pula di ping aggregator yang sama. Saya malas nak buat disable copy tu, macam kedekut je. Tapi macam kena buat juga la nampaknya, Itu sahajalah yang nak saya luahkan hari ini. Selamat berblog...

2 ulasan:

  1. dalam dunia blog ni tak lari dari copy paste..nak buat camne kan..tp yg penting, setiap blogger kena ade identiti dan gaya penulisan yg tersendiri.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...