Rabu, Januari 09, 2013

Angin Kencang...AMARAN UNTUK ORANG AWAM


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 40-50 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan dan Sabah Barat dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

AMARAN KATEGORI 3:

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

AMARAN KATEGORI 2:

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

AMARAN KATEGORI 1:

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Sarawak (Kuching) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

http://www.facebook.com/malaysiamet?ref=stream

2 ulasan:

  1. Apa yg akak kesian macam yg terjadi semalam nelayan tu tak tahu sebab dia dah keluar sejak Sabtu lepas. Mujur selamat. Patut pihak marine kenalah ronda/patrol pantai sebelum semalam dan halang/beritahu tentang Sunamo ini..

    Dekat JB semalam hebat juga tempiasnya sana-sini pokok rekah dan tumbang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..Semalam kat BP pun angin kuat. Tapi nasib baik sekejap je.

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...