Selasa, Januari 01, 2013

BR1M 2.0 Dibayar Februari 2013

Haritu kata Januari , sekarang Februari pulak. Tunggu je la kannn


KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Beliau berkata, bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lalu atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian. Beliau berkata, sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) sudah diterima sehingga hari ini di mana ia membabitkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

 "Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya. Tahun lalu, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...