Rabu, Januari 09, 2013

Empat maut cuaca buruk landa Israel






BAITULMAQDIS: Cuaca yang melampau, termasuk hujan lebat dan angin kencang, membunuh empat orang di Israel dan wilayah Palestin lewat malam tadi, berikutan banjir melanda Timur Tengah.

Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta mereka dihanyutkan air deras di bandar Attil, Tebing Barat.

Tiga penduduk lagi mati awal pagi tadi selepas kereta yang dinaiki diterbangkan ribut di lebuh raya Tel Aviv-Baitulmaqdis, manakala 12 lagi parah susulan nahas jalan raya berikutan cuaca buruk di seluruh Israel. - AF

Berita dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmpatmautberikutancuacaburukmelandaIsrael/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...