Jumaat, Januari 25, 2013

Mayat William dijumpai

SUBANG JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, mengesahkan mayat budak kecil yang dijumpai di Pelabuhan Klang, petang semalam adalah anaknya.

Pengecaman itu dilakukan berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam mayat terbabit sama seperti yang dipakai Zhen Zhong ketika dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, polis masih menunggu laporan DNA mayat terbabit sebelum mengesahkan perkara itu-Berita Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...