Ahad, Januari 06, 2013

Petua Sakit Mata Guna Susu Ibu

Orang-orang tua kata, kalau kena sakit mata, ubat yang mujarab ialah susu ibu. Mak saya pernah kena sakit mata, lalu beliau pergi meminta sedikit air susu ibu jiran untuk dititiskan pada matanya.

Begitu juga bila  anak-anak kecil kita bertahi mata sampai melekat tu, bolehla dititiskan susu ibu pada matanya. Kaedah ini mudah bagi  ibu-ibu yang masih menyusukan anak. Disamping itu, rajin-rajinlah lap matanya menggunakan air suam. Perkara ini pernah terjadi kepada anak-anak saya. Atas nasihat daripada Mak dan kakak-kakak ipar, saya amalkan petua ini. Alhamdulillah berkesan.

Kita hanya berusaha. Kesembuhan itu atas izin Allah jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...