Ahad, Januari 06, 2013

Zarina Anjoulie Akhirnya Keluar Penjara

Nasib baik adik tiri dia datang ikat jamin. Kalau tak awak dudukla dalam lokap tu....Sudahlah tu, kembalilah ke pangkal jalan cik adik ooiii...



PETALING JAYA — Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik tirinya hari ini selepas dua hari berada dalam lokap Penjara Kajang.
Pelakon berkenaan yang dijamin adik perempuan tirinya itu keluar dari bilik lokap Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada kira-kira pukul 10 pagi, kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap.
Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas kerana memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Februari ini. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2H7NLfY00 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...