Khamis, Februari 14, 2013

Fizz Fairuzz Bertunang Sarung Cincin Sendiri?


Gambar dari mStar Online

Gambar di atas adalah dikatakan  gambar dimajlis pertunangan antara Fizz dan pasangannya. Namun gambar di mana Fizz menyarung sendiri cincin di jari tunangnya itu mencetuskan kontroversi. Ternyata tindakan Fizz itu salah di sisi budaya Melayu dan Agama Islam. Macam dah tak ada wakil perempuan dari pihak lelaki pulak Fizz ...apa nak jadi. 

Petikan dari mStar Online
Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.
Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan.
Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan
Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin.
Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.


4 ulasan:

  1. budaya mana entah yang dia ikut. menyampah pulak. dari minat terus tak minat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal...takkan tak de yang menegurnye. datang sendiri ke

      Padam
  2. mana leh camtu.. kalau diikutkan adat memamng salah, ikutkan agama lagi la salah...

    BalasPadam
  3. apabila kejahilan melanda diri

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...