Jumaat, Mac 01, 2013

Dua komando polis maut

Takut rasanya  baca berita kat Lahad Datu, Sabah ni.Dah lama Malaysia beri masa pada penceroboh ni untuk pulang, tapi mereka tetap berdegil. Hari ni pula katanya 2 anggota polis kita terkorban.
Ya Allah, selamatkan bumi Sabah, bumi Malaysia. Semoga Malaysia terus aman. Amin
LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/LahadDatu_Duakomandopolismaut/Article#sthash.lnvaJ1hH.dpuf



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...