Khamis, Mac 07, 2013

Malaysia Tidak Terima Gencatan Senjata



Bila baca berita Jamalul Kiram isytihar gencatan senjata , semakin geram rasanya. Mereka menceroboh dengan membawa senjata, menuntut Sabah hak mereka. 3 minggu Malaysia bersabar menanti mereka keluar dengan aman,namun darah perajurit kita balasannya. Bila dah kena serang ,sekarang, minta genjatan senjata. Ape ke...dia ni?

LAHAD DATU: Jamalul Kiram III mengisytiharkan gencatan senjata sejak 12.30 tengah hari tadi dan meminta Malaysia membalas balik, menurut kenyataan yang dibaca jurucakapnya di Manila."Mereka (pengikut Jamalul Kiram III) tidak meneruskan operasi dan tidak akan bergerak dari lokasi sekarang,” kata wakil itu, Abraham Idjirani.Kiram membuat kenyataan itu sebagai membalas permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk mendapat satu resolusi aman bagi menyelesaikan krisis ini.Idjirani mengharapkan Malaysia dapat bersetuju dengan permintaan itu. - Agensi


Namun kita menolak gencatan senjata tersebut...Teruskan wahai pahlawan Malaysia..buru mereka hingga ke lubang cacing...

KUALA LUMPUR 7 Mac - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.-Utusan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...