Rabu, Mac 06, 2013

Pencerobohan Lahad Datu-4 Suspek telah ditahan


Empat suspek berkaitan penceroboh ditahan

Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.-Petikan Kosmo

Timbalan Ketua Polis Negara nafi khabar angin

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan khabar angin yang memberi gambaran bahawa pergerakan di pesisiran pantai timur Sabah mempunyai kaitan dengan pengganas bersenjata dari Selatan Filipina.

Beliau berkata, sebaliknya, pemeriksaan polis mendapati ia adalah pergerakan biasa masyarakat tempatan di kawasan terbabit, termasuk di Lahad Datu dan Semporna.

"Saya menyeru orang ramai jangan terus mempercayai khabar angin yang boleh menggemparkan masyarakat.

“Polis mengambil berat sebarang kejadian atau maklumat yang diterima untuk disiasat. Jangan risau,” katanya kepada pemberita selepas istiadat pengkebumian negeri mendiang Deputi Supritendan Michael Padel Sano di Tanah Perkuburan Pahlawan di sini hari ini.-Petikan Kosmo

Foto Berita Harian by Mohd Radzi Bujang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...