Selasa, Mac 12, 2013

Resepi Kerang Sambal

Ini ialah resepi  
Kerang Masak Sambal Tiram Bersama Cengkerang/Kulit. 




Bahan-bahan;
1 kilo kerang yang fresh
Sos Tiram Maggi
Sos Cili (optional)
Kicap Manis (optional)
3 Biji Bawang besar 
2 ulas bawang putih
10 -20 tangkai cili kering ( kalau jenis yang pedas jangan banyak-banyak nanti terbako lidah) 
1-2 batang serai
1/2 inci halia
minyak masak 


Cara-caranya;
1.Basuh kerang sampai bersih ( guna berus plastik atau pelepah pisang) 
2. Rebus kerang seketika. Agak-agak dah masak, keluarkan dari periuk
(kalau tak nak rebus dulu pun boleh) 
3. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering
4. Panaskan minyak dalam kuali
5. Ketuk serai dan masukkan ke dalam kuali
6. Kemudian barulah masukkan bahan yang telah dikisar tadi
7. Tumis hingga terbit minyak
8. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis...kuantiti agak-agak je. kena rajin rasa 
9. Kemudian masukkan kerang . Gaul rata beberapa minit..Kalau kerang tak rebus kena tunggu lama sikit..tutup kuali bagi kerang betul-betul masak. 
10. Masak...dan siap..

*Garam tidak diperlukan sebab sos tiram tu masin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...