Rabu, April 10, 2013

JALAN-JALAN EDISI PORT DICKSON-THE GUEST HOTEL AND SPA


Hujung minggu yang lalu, kami jalan-jalan lagi ke P.D. Kali ni, kami menginap di hotel yang baru 3 bulan beroperasi. Namanya The Guest Hotel & Spa. Hotel ni terletak di Lukut. Sebelah Giant.  Kenapa pilih hotel ni? Sebab SPA...dan senarai kemudahan dan rekreasi yang macam bagus...Satu malam RM198 termasuk sarapan dan ada free WiFi. 

 Sekodeng!! Senyap je macam tak de orang. 

Kolam Renang

Kolam renang, gim, dan spa berada di tingkat 1.  Petang tu terus swim swim kat kolam renang yang sangatla kecik. Nasib baik tak ada orang. Kalau ada 3 ke 4 orang dah penuh dah. 



Kolam renang kanak-kanak. Alahai comel je

Iffah sorang je. 

Kolam renang orang dewasa pun comel je. Ni tempat berenang ke tempat berendam??? Masa kami kat sini ada 3 orang anak dara sedang mandi manda. Tetiba datang sekumpulan lelaki In.. anak dara tu terus cabut lari...


 Shower yang tersorok kat bawah kolam...Tak ada signboard..Memang tak nampak


Selama ni tak pernah nampak benda ni kat kolam renang. Agak-agak bahaya tak kalau budak-budak main kat situ. ???

 Ada tempat berehat dan berjemur antara kolam kanak-kanak dan dewasa. 

Pantai Bagan Pinang 

Malam tu pegi jalan-jalan ke pantai Bagan Pinang. Angin kuat sangat sejak petang. Hujan renyai-renyai.

Pokok kelapa yang ditiup angin


Ada orang berniaga Nasi Lemak. 


Main angin je la...


Wau Restaurant & Cafe

Sarapan pagi di wau Restaurant & Cafe The Guest Hotel.Makanan ok la..tapi banyak lalat...hmm....lalat ikut orang masuk 

Makan coco crunch dan corn flakes 




Ada lagi nak cerita..bersambung bahagian ke 2 

2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...