Rabu, April 03, 2013

PEMAKANAN KANAK-KANAK 2 HINGGA 6 TAHUN (1)

Sebagai ibu bapa tentunya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Makanan berkhasiat penting untuk tumbesaran anak-anak. Di sini saya ingin kongsikan panduan pemakanan untuk kanak-kanak 2 hingga 6 tahun. Semoga bermanfaat. 



Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah (2-6 tahun)
  • Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.
  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain
  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan
  • Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.
  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.
Sumber:infosihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...