Jumaat, Mei 10, 2013

BERITA KEJAM YANG BUAT KITA GERAM


Klang: “Sayu hati saya melihat keadaannya yang terbaring kaku dalam keadaan mata kanan terbuka dan mulut berbuih,” kata R Kalaranjini, 19, saksi yang menemui mayat kanak-kanak berusia 11 tahun di tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, malam kelmarin

Mangsa, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dipercayai mati kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui jam 10.30 malam dan polis percaya kanak-kanak itu menjadi mangsa jenayah seksual berdasarkan kewujudan kesan darah pada kemaluannya.


Kalaranjini berkata, dia lalu di lokasi kejadian untuk ke sebuah restoran bagi membeli nasi lemak dan terkejut sebaik melihat mangsa terbaring di kawasan yang kebiasaannya menjadi tempat parkir bas kilang.

Menurutnya, keadaan kawasan itu yang terletak 200 meter dari rumah mangsa agak terlindung serta gelap kerana tiada lampu jalan.

“Pada mulanya saya menyangka budak itu tidur, tapi mula curiga apabila dia langsung tidak memberi maklum balas apabila saya memanggilnya. Saya kemudian meminta seorang lelaki yang melalui kawasan itu menghubungi polis,” katanya. Kalaranjini berkata, polis dan ambulans tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian dan selepas pemeriksaan, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

http://www.hmetro.com.my/articles/Jasadkakugadissunti//Article

Dari Akhbar Kosmo.


KLANG – Seorang kanak-kanak menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya bukan sahaja dibuang di kawasan tempat letak kereta, malah mangsa disyaki dirogol oleh penjenayah tidak berhati perut dalam kejadian di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini kelmarin.

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd. Noor, 11, yang cuba ditanam pembunuhnya ditemui terbaring oleh seorang gadis di kawasan lapang di situ pada pukul 10.30 malam sebelum dia menghubungi polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar bermain pada pukul 12 tengah hari dan tidak pulang sehingga malam.

Jarak antara rumah keluarga mangsa dengan tempat kejadian kira-kira 200 meter.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan ke atas tubuh mangsa menemui kesan pendarahan pada kemaluannya.

“Kita mengesyaki mangsa telah dirogol berdasarkan kesan pendarahan tersebut dan percaya kanak-kanak itu dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di tempat letak kereta ini.

“Polis turut menjumpai alat penyodok tanah berhampiran tempat mangsa ditemui dipercayai digunakan untuk menanam mangsa tetapi mungkin tidak sempat apabila ada orang melalui kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya, polis yang menjalankan siasatan lanjut kemudian telah menahan dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun di sekitar kawasan tersebut pada pukul 6 pagi semalam bagi membantu siasatan kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2Sr6lqDrq
Hakcipta terpelihara




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...