Sabtu, Mei 04, 2013

Resepi Kupang Masak Sambal Istimewa

Bahan-bahan

1 kg kupang segar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10-20 tangkai cili kering
2-3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1/2 inci halia
2 batang serai
sedikit air asam jawa
sedikit garam ( jika sos tiram kurang masin)
satu sudu gula

Cara-cara

1. Kupang ..hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Boleh dicuci dengan air asam jawa untuk kurangkan bau.

2. Kisar lada, bawang besar, bawang putih,
3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sebentar serai untuk menaikkan bau
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga timbul minyak.

5. Masukkan sedikit air, gula, garam dan air asam jawa. Kacau.
6. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan kupang dan gaul. Tutup kuali dan biar seketika hingga kupang masak.

 Kupang yang telah siap dimasak ..Mabeles!!!

Dihidang dengan nasi putih dan kacang buncis goreng..Nyum...nyum....
Selamat menjamu selera..!!!

2 ulasan:

  1. Yes.... dah dpt idea nk masak apa ptg ni. Yq ye kpd yg share.

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome. selamat menjamu selera ya

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...