Selasa, September 03, 2013

PENGALAMAN CABUT GIGI SIRI 2

.....
Nampaknya, bengkak masih belum surut sepenuhnya. Pagi rabu tu,  pegi klinik lagi, doktor cek masih lagi bengkak dan sakit, jadi, surgery pun tak jadi nak buat. Doktor tu kata infection agak teruk. Doktor bagi ubat lagi..ubat surut bengkak dan datang balik hari jumaat.

Maka Jumaat pun tiba, Alhamdulillah bengkak surut, tak sakit tapi ada sedikit benjolan. Doktor tu kata perkara ini biasa terjadi selepas infection yang teruk.

Dengan bismillah, aku duduk kat kerusi 'gigi' tu dan berserah kepada Allah. Seteleh di inject beberapa kali, kebas mula terasa, maka, bermulalah operasi. Akar gigi aku ni, macam tak nak berpisah je dengan aku.Surgery tu lama juga. Susah sangat nak keluarkan . Doktor tu asik cakap very challenging je. Dalam hati aku hanya berdoa,..Ya Allah, permudahkanlah segalanya...segeralah gigi ini dapat dikeluarkan. Memang lama, 2-3 kali doktor tu stop untuk rehat sekejap.

Alhamdulillah, dengan bantuan Allah , akar gigi dapat dikeluarkan dengan pendarahan yang minima. Kos semua sekali RM700 ++..Ya Allah, aku tak nak cabut gig lagi...huhu..Tapi ada gigi bongsu yang tumbuh menyelit-menyelit ni...Harap-harap tak skit. Tak sanggup la nak cabut gigi lagi.....


1 ulasan:

  1. uishh.. ngeri bila part cabut gigi ni... huhu...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...