Rabu, Oktober 23, 2013

TIP RUMAHTANGGA BAHAGIA SEPANJANG MASA

As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Di antara tip utk bahagiakan rumahtangga ialah:
1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.
2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci.
3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki.
4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya!
5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna.
6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.
7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.
8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam!
9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.
10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).
11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.
12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.
13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.
14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg.
15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk. Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.
16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.
17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.
18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan- fizikal, mental, rohani.
19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.
20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.
21. Usha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.
22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll
23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.
24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.
25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & org syg.
26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar mengharap bantuan drpnya.
27. Azam utk sama2 masuk syurga.
28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.
29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.
30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.
Moga Allah rahmati & lindungi keluarga kita semua. Aameen, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...