Khamis, Februari 13, 2014

Kes Denggi Meningkat

Statistik terkini yang menunujukkan Selangor mencatat kes tertinggi setakat ini

Demam denggi adalah satu penyakit merbahaya yang disebabkan oleh virus yang boleh berjangkit apabila seseorang pesakit itu digigit oleh nyamuk Aedes dan membawanya kepada bakal pesakit yang baru. Penyakit ini mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902, tetapi demam denggi yang serius iaitu demam denggi berdarah Cuma dikenal pada tahun 1962. Penyakit ini boleh menyerang pada semua peringkat umur terutama kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun. Demam denggi amat merbahaya kerana tiada ubat untuk merawatnya. Cara yang paling berkesan adalah mengawal pembiakan nyamuk Aedes.

Nyamuk Aedes dapat dikenali dengan belang hitam putih di badan dan kaki. Biasanya ia menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa. Memandangkan bertambahnya penyakit ini di kawasan bandar mahupun kawasan separa bandar, satu langkah telah diambil oleh Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengenal pasti tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes mengikut kawasan utama sebagai langkah mencegah dan mengawal di samping mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan tindakan perancangan melalui media massa dan elektronik.


Banyak maklumat menarik boleh diperolehi di http://www.mmgazette.com/tempat-pembiakan-nyamuk-aedes-bahagian-pendidikan-kkm-msiaendsdengue/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...