Jumaat, Februari 14, 2014

Selfie

Semua orang pandai selfie..budak kecik pun pandai selfie.

Fenomena ‘selfie’

Oleh Murshid Eunos

Mengaku saja jika anda pernah ‘selfie’ atau memang kaki ‘selfie’ kerana tak perlu cakap, daripada gambar saja sudah boleh kita labelkan. Tapi peliknya masih ramai remaja terutamanya lelaki yang malu mengaku suka ‘selfie’ sedangkan memang itu hobinya. MURSHID EUNOS beralih perspektif untuk melihat istilah ‘selfie’ dari sudut lain yang mana ia dianggap fenomena terbaru dunia.

‘Selfie’ merujuk kepada gambar yang diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Entah mana mulanya tapi tiba-tiba tahun 2013, istilah ini dianggap paling banyak digunakan hingga ia diangkat menjadi istilah paling popular.



Kebiasaannya istilah ini banyak dikaitkan dengan Instagram yang mana lebih 80% pemilik akaun laman sosial ini akan menggunakan kaedah ‘selfie’ untuk memperkenalkan diri mahupun menayangkan kepada pengikut atau temannya.

Sedikit fakta, tingkah laku ‘selfie’ yang mula popular tahun 2013 ini sebenarnya sudah lama bermula sejak aktifnya MySpace kira-kira sembilan tahun lalu namun penggunaannya tidaklah begitu ketara atau drastik.


Mungkin ketika itu laman sosial tidaklah sebesar sekarang kerana penggunaan Internet masih belum menyeluruh ke seluruh dunia dan masih belum ada pendedahan seperti hari ini.


Bagaimanapun mengikut statistik dan kajian dilakukan laman web antarabangsa di Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan yang hampir 95% anak muda sudah tentu memiliki sekurang-kurangnya dua akaun laman sosial sama ada Instagram, Facebook atau Twitter.

Sekitar 2006, MySpace adalah laman sosial terbesar di dunia yang membolehkan anda mempamerkan gambar. Namun 2009, Facebook mula ambil alih pandangan orang ramai terutamanya golongan muda dan pelajar menerusi kelainan dan keistimewaannya dengan reka letak gambar profil yang lebih berkualiti.

Pada tahun 2010 pula, syarikat perisian gergasi dunia, Apple melancarkan telefon canggihnya, iPhone 4 dengan memperkenalkan teknologi paling canggih ketika itu iaitu kamera depan yang memudahkan pengguna mengambil dan mengawal gambar sendiri.

Setahun kemudian, lama sosial Instagram pula diperkenalkan sekali gus memperkenalkan konsep baru dengan meletak ‘hashtag’ dan lebih banyak ‘filter’ untuk membenarkan pengguna mengedit gambar.

Itulah permulaan istilah ‘selfie’ mula berkembang sebelum mencetuskan fenomena sepanjang 2013. Mana tidaknya, sesiapa saja boleh mengambil ‘selfie’ daripada ahli politik sehinggalah selebriti.

Semuanya mengambil gambar sendiri dan kemudian mengubah suai gambar itu untuk tampak lebih cantik. Presiden Amerika Syarikat sendiri ‘selfie’ dan hampir kesemua selebriti di dunia turut melakukannya.

Enjin pencarian Google menunjukkan penggunaan #selfie bermula pada lewat 2012. Bermula Januari 2013, jumlah perkataan #selfie saja adalah sebanyak 34,924,648 manakala #selfies sebanyak 3,692,570 dan diikuti #selfiesunday adalah 2,025,077.

Pada tahun 2013, perkataan ‘selfie’ secara rasmi dimasukkan ke dalam Kamus English Oxford dan diumumkan sebagai ‘word of the year’!

Mungkinkah ada lagi fenomena baru lain pula tahun ini? Mengikut pemerhatian, ‘selfie’ masih lagi relevan namun sudah tentunya akan muncul pula istilah lain yang bakal mencetus fenomena untuk 2014.

Pesanan ringkas, menonjolkan diri melalui konsep ‘selfie’ itu tidak salah asalkan tidak menjatuhkan maruah dan reputasi anda dengan bergaya tidak betul dan ‘ber-selfie’ biarlah bertempat! Bimbang bukan orang suka sebaliknya orang mual pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...