Selasa, Mac 18, 2014

GAMBAR TENTERA AMERIKA TIADA KAITAN INSIDEN MH370

INFO PALSU
GAMBAR TENTERA AMERIKA TIADA KAITAN INSIDEN MH370 Penyebaran gambar melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan tentera Amerika telah berada di Kota Bharu dan Ipoh berkaitan misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah TIDAK BENAR.
Gambar tersebut merujuk kepada latihan bersama Polis Diraja Malaysia bersama tentera Amerika yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, Perak, pada tahun 2012.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.
PDRM ingin mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

INFO FB https://www.facebook.com/photo.php?fbid=753416491335327&set=a.546416638701981.130912.161086313901684&type=1&theater

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...