Sabtu, Mac 08, 2014

MH370 hilang di sempadan Vietnam

Sumber hmetro
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

SEPANG: Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 dipercayai hilang di sempadan Veitnam ketika dalam perjalanan ke Beijing , kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata, kali terakhir pesawat itu dikesan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan menghala ke Laut China Selatan.

MAS nafikan pesawatnya yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing mendarat cemas di Nanming, China tetapi sudah menghubungi pihak berkuasa negara berkenaan untuk pengesahan lanjut.

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 pagi tadi ke Beijing membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi. Pesawat sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing jam 6.30 pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...